facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Kanak-Kanak Maut Dalam Kemalangan Babitkan 3 Buah Kenderaan Berhampiran RnR Seremban..



Kuala Lumpur- Satu kemalangan yang membabitkan tiga buah kenderaan di KM 271.7 Lebuhraya Utara - Selatan (PLUS) arah utara meragut nyawa seorang kanak-kanak.


Kejadian itu berlaku berhampiran kawasan rawat dan rehat Seremban kira-kira jam 7 malam tadi.




Beberapa foto kejadian memaparkan sebuah kereta jenis Honda penyek teruk akibat kemalangan itu.



BH Online berkata, mereka difahamkan kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan.



Dua lagi kanak-kanak dipercayai adiknya serta ibu dan bapanya, pula parah dan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk rawatan.




Sumber berkata, kemalangan dipercayai berlaku selepas kereta dinaiki lima beranak itu dirempuh dari belakang oleh sebuah bas.



 Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Azrul Hisham Mohd Shaffie, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.



Utusan Online pula melaporkan kesesakan sepanjang 10km tercetus akibat kemalangan terbabit.


Foto: Hazreen Mohamad/ BH Online


Foto: Hazreen Mohamad/ BH Online
 Selain itu turut dimuat naik gambar sebuah bas dan juga sebuah kereta lain yang terbabit dalam kemalangan tersebut.

Foto: Hazreen Mohamad/ BH Online

Foto: Hazreen Mohamad/ BH Online


Foto: Twitter


Beberapa foto lain kejadian yang dimuat naik memaparkan orang awam membantu mangsa yang tersepit selain keadaan mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu.



Bagaimanapun, gambar-gambar terbabit tidak dimuat naik di dalam artikel ini bagi menghormati perasaan ahli keluarga mangsa.-Pen Merah Press

0 Response to "Kanak-Kanak Maut Dalam Kemalangan Babitkan 3 Buah Kenderaan Berhampiran RnR Seremban.."

Post a Comment