Durian Belanda Rawat Kanser 1000x Lebih Baik Dari Kimoterapi ? Ini Penjelasan Yang Buat Ramai TERKEJUT !!! | Buah yang lebih dikenali sebagai durian belanda atau nama lainnya Graviola (Annona muricata), sirsak, guanabana atau soursop adalah buah tempatan yang mula mendapat perhatian mutakhir ini. Graviola mendapat perhatian dan permintaan setempat bukan hanya kerana rasanya yang enak, ia juga dikatakan bermanfaat tinggi untuk kesihatan. Selain daunnya juga dijadikan teh untuk ubatan secara tradisi.
Menurut laporan web root of science kajian yang telah dilakukan sejak puluhan tahun yang lepas sama ada kajian in vitro (pada sel-sel dalam makmal) atau in vivo (pada binatang makmal seperti mencit dan tikus) menunjukkan ekstrak-ekstrak dari buah, daun dan bahagian pokok adalah poten untuk mematikan sel-sel dan tisu kanser tersebut.
Beberapa kompaun poten ini telah dipencilkan dan dikaji ciri-cirinya dengan terperinci. Antara kompaun-kompaun tersebut adalah kompaun dari kelas acetogenins contohnya annonacin, annonin, bullatacin, uvericin dan isoquinoline seperti annonamine.
Menurut mereka lagi punca kenapa tiada kompaun-kompaun aktif ini muncul sebagai salah satu dalam regimen rawatan kanser adalah kerana walaupun acetogenins dari buah dan daun serta bahagian-bahagian graviola seperti annonacin mempunyai nilai sitotoksik yang bagus. Hanya beberapa nanomolar kepekatannya mampu mematikan sel. Ini disebabkan sebahagian besar acetogenins dan isoquinolins ini berkebolehan untuk merencat rantaian respiratori kompleks I pada mitokondria. Ini akan menghalang keupayaan sel untuk menghasilkan tenaga dari respirasi sekaligus memaksa sel tersebut untuk mati.
Namun, acetogenins dan isoquinolins ini juga mampu merentas otak (able to cross blood brain barrier) dan mengganggu (merosakkan) neuron-neuron kerana sifatnya yang lipofilik. Jadi, bukan sahaja sel kanser yang dibunuh, sel-sel neuron otak juga akan sama musnah!
Kompaun-kompaun ini juga mampu menambat pada reseptor serotonin dan telah dikaji untuk menghasilkan kesan antidepresi. Masalahnya, kesan kerosakan neuron dopaminergik (neuron penghasil neuropemancar dopamin) adalah nyata. Jadi, kita akan mempunyai masalah kekurangan neurotransmitter dopamin seperti yang berlaku pada pesakit Parkinson.
Segala kesan ini dilihat dengan kepekatan kompaun tersebut pada aras nano- ke mikromolar (kepekatan yang sangat rendah). Malah masalah ini bukan saja dikesan melalui ujian tabung uji dan haiwan di makmal.
Durian belanda secara berlebihan boleh menyebabkan Parkinson !
Ada banyak kajian tentang kaitan insiden atipikal penyakit Parkinson dan Alzheimer dikesan di kelompok komuniti yang tinggi pengambilan graviola dalam diet mereka. Gejala ini dapat dilihat pada komuniti di Carribean dan French West Indies yang mengalami banyak kes Parkinson dan Alzheimer tanpa sebab yang khusus. Banyak kajian telah dilakukan dalam komuniti ini dan didapati pengambilan graviola yang tinggi dalam diet mereka adalah penyumbang gejala ini. Kajian lanjut menunjukkan pengurangan ketara neuron-neuron penghasil dopamin dalam otak mereka.
Menariknya, kaedah pengambilan graviola ini meliputi pengambilan buah secara mentah atau teh daun graviola dengan kaedah rendaman dalam air panas.
Adakah produk berasaskan graviola selamat?
Berhati-hatilah apabila anda di cadangkan dengan produk jualan yang berasaskan durian belanda ini. Walaupun diberitakan ia mempunyai kelebihan-kelebihan yang menarik, malang sekali kelebihan itu sebenarnya akan mengakibatkan kesan sampingan yang teruk secara senyap (siapa yang perasan neuron otaknya berkurangan, kan?).
Sesekali meminum jus graviola atau memakannya sebagai kudapan tidak mengapa. Tetapi mengambilnya secara berkala setiap hari atau setiap minggu mengundang bahaya!
Sumber:-Root Of Science
0 Response to "Durian Belanda Rawat Kanser 1000x Lebih Baik Dari Kimoterapi ? Ini Penjelasan Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!"
Post a Comment