facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

KISAH BENAR MUSLIMAH SYRIA DI DALAM PENJARA BASYAR

"Orang ramai dan saudara mengatakan saya akan dapat lupakan apa yang saya hadapi di dalam sana tetapi demi ALLAH saya bersumpah saya tak akan dapat lupakan segalanya hingga akhir hayat saya! Semoga ALLAH hancurkan Bashar Al Assad!"




Khitam Benyan menceritakan pengalaman beliau semasa di tahan oleh tentera rejim.

22 hari telah berlalu selepas saya dibebaskan daripada tahanan rejim Basyar. Saya berasa begitu trauma dan pelbagai persoalan tidak pernah berhenti dalam fikiran saya. Kenangan orang yang saya temui di dalam penjara tidak pernah saya dapat lupakan. Semua orang memberitahu saya, anda akan lupa dan anda akan menyesuaikan diri bila telah keluar dari penjara. Tetapi ternyata tidak. 




Saya tidak akan melupakan apa yang saya lihat di dalam penjara dahsyat rejim. 

Saya tidak akan melupakan (Um Tayim, 25 tahun ) yang dipanggil ke pejabat penjara pada tengah malam dan kembali semula dalam keadaan trauma selepas dirogol dengan kejam sebanyak dua kali. 

Saya tidak akan melupakan wajah (Muna Al Wadi) apabila mereka (pengawal penjara) memberitahu dia akan dikenakan hukuman tembak yang akan dilaksanakan jam 10 pagi esok. 

Saya tidak akan lupa suara (Ala'a Kayyal) gadis 20 tahun, apabila dia meminta saya untuk memeriksa kembali belakang tubuhnya selepas datang dari sesi penyeksaan. 

Saya tidak akan pernah lupa bagaimana (Elham) menggigil serta menggeletar apabila dia terkena sawan epilepsi, dan pengawal mengejek beliau dan menuduh beliau kononnya berlakon. 

Saya tidak akan melupakan (Thana'a Al Hasan) seorang wanita berusia 45 tahun apabila dia mengalami strok dan dia tidak boleh bernafas. Kami memanggil dan menjerit kepada pengawal tetapi tiada siapa yang menyahut. 

Saya akan tidak akan pernah memadamkan memori gelap ini di dalam kehidupan saya apabila melihat air matanya turun seperti sungai menangis untuk anak-anaknya dan kerana dia telah mati tanpa dapat melihat mereka.

Beritahu saya, bagaimana boleh saya lupa akan orang-orang yang saya tinggalkan di penjara tersebut dan menjalani kehidupan yang normal. Sebahagian besar daripada mereka masih dalam sel gelap. Muka mereka, kesakitan mereka dan jeritan mereka sentiasa menghantui saya.

0 Response to "KISAH BENAR MUSLIMAH SYRIA DI DALAM PENJARA BASYAR"

Post a Comment