facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Tolong Viralkan Kalau Tak Mampu Nak Derma !!Bantu Rakyat Syria Dari Mati Kesejukan, Sehelai Selimut Boleh Membezakan Antara Hidup dan Mati !!

Kalau boleh derma seringgit untuk beli sehelai selimut pun anda dah boleh selamatkan nyawa seorang bayi. Kalau seringgit pun tak mampu, cerita pada kawan hampa yang kaya mudah-mudahan kita tak dimurkai Allah di hari Kiamat nanti kerana bersenang-senang ketika saudara seIslam kita bertarung nyawa. 😢😢




Ketika anda enak menikmati secawan kopi panas dan sepinggan goreng pisang bersama anak-anak, warga kecil dan tua di Syria sedang menahan kesejukan salji malah belum tentu perut mereka terisi dengan makanan untuk hari itu.

Berdepan dengan negara yang bergolak membuatkan mereka perlu terus cekal berpegang pada ujian Ilahi, menerusi Facebook Dr Syed Yusainee yang juga kolumnis majalah Mingguan Wanita, beliau berkongsi perjuangan rakan baiknya, Dr Zairul Nizam yang ketika ini berada di Syria.

Anda juga boleh sertai perjuangan Dr Zairul dengan memberi seberapa sumbangan semampunya ke akaun Maybank 1640 6167 3928 - milik Dr.Zairul Nizam Fithri yang juga Pakar Bedar Ortopedik

Ini rakan lama saya. Dr Zairul Nizam pakar bedah Ortopedik dengan kepakaran yang sangat tinggi. 31 tahun dulu kami satu dorm di SMS Raub hanya berselang satu katil dengan katil beliau. Orangnya sangat pintar dan salah seorang yang terbaik dan sangat kami sayangi.

Tidak pasti samada ini ayat yang tepat tetapi dia telah beberapa kali membuat keputusan keluar dari zon selesa di tanahair dan melakukan apa yang kita hanya mampu lihat dari jauh.
Kita memang tidak ada kepakaran, keberanian dan kesempatan seperti beliau. Namun Allah masih memberikan kita kesempatan membantu dari jauh. Betapa Maha PengasihNya Allah memberikan kita peluang ini

Saya telah bercakap dengan Dr Zairul bagaimana rakan-rakan boleh membantu di mana yang boleh. Tidak ada keraguan dengan apa yang beliau ada hari ini beliau lebih daripada mampu untuk terus menolong saudara kita di Syria sana tanpa perlukan sumbangan sesiapa.

Namun kelembutan hati beliau membuka peluang untuk ramai orang bersama membantu walaupun dari jauh. Saya tidak dapat menulis dengan ayat terbaik untuk menyatakannya maka saya sertakan peluang itu untuk kita bersama-sama dan juga memberi kesempatan orang lain membuat pahala.

Besar atau kecil sumbangan itu bukan ukuran kerana Allah yang Maha Kaya pasti membalasnya dengan segala rahmat yang tidak terkira nanti. Itu janji Allah yang tidak ada cacatnya.

"Sekiranya rakyat Syria mati kerana tidak dapat bantuan makanan atau perubatan masih boleh diterima tetapi sekiranya mereka mati dalam kesejukan memang tidak boleh diterima, teramat sedih dan berdosa kita membiarkan saudara-saudara kita mati kesejukan"

Sumber: Facebook Dr Syed Yusainee via Mingguan Wanita

0 Response to "Tolong Viralkan Kalau Tak Mampu Nak Derma !!Bantu Rakyat Syria Dari Mati Kesejukan, Sehelai Selimut Boleh Membezakan Antara Hidup dan Mati !!"

Post a Comment