(Video) "Tak Ada Protokol, Kaki Ayam & Karpet Merah" - Video Ketibaan YDP Agong Untuk Majlis Bacaan Yaasin Buat Netizen Kagum |
(Video) "Tak Ada Protokol, Kaki Ayam & Karpet Merah" - Video Ketibaan YDP Agong Untuk Majlis Bacaan Yaasin Buat Netizen Kagum
Esok (24 Apr) merupakan Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V dan semua rakyat Malaysia bercuti sempena hari bersejarah itu.
Pada 20 April lepas, satu majlis bacaan Yāʾ-Sīn diadakan sempena hari pertabalan itu dan baginda tiba untuk majlis itu dengan sangat bersahaja.
"Ketibaan YDP Agong di Masjid Putrajaya untuk majlis bacaan Yāʾ-Sīn sempena pertabalan baginda.
No protocol, kaki ayam & no red carpet. 😍" tulis Ainul.
Video berdurasi 12 saat itu pada mulanya merakamkan baginda Sultan Muhammad V berjalan di atas karpet merah yang disediakan. Bagaimanapun, baginda mempercepatkan perjalanan dengan mengambil laluan lebih pantas dengan memotong karpet itu.
Yup, Sultan Muhammad V memang terkenal dengan sifat baginda yang tidak mementingkan protokol dan juga merendah diri.
Satu lagi yang dapat dilihat dalam video itu adalah baginda berjalan dengan sangat pantas. Semua orang dalam video tu pun kena jalan pantas untuk mengikut baginda.
Ketibaan YDP Agong di Masjid Putrajaya untuk majlis bacaan Yāʾ-Sīn sempena pertabalan baginda.
No protocol, kaki ayam & no red carpet. 😍 pic.twitter.com/nBt4wJper3
0 Response to "(Video) "Tak Ada Protokol, Kaki Ayam & Karpet Merah" - Video Ketibaan YDP Agong Untuk Majlis Bacaan Yaasin Buat Netizen Kagum"
Post a Comment